KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan beberapa program dan menyediakan kemudahan kewangan berjumlah RM225 juta, bagi menjana semula industri kreatif dan hiburan negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan swasta.
“Bercakap mengenai industri kreatif, hiburan dan acara, saya juga mendengar keluhan daripada karyawan, pengarah filem, krew produksi dan pengurus acara.
“Sehubungan itu, beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta,” katanya.
