KUALA LUMPUR, 10 Mac – Satu nafas baharu kepada industri seni dan kebuadayaan.

Selepas hampir setahun tertangguh berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah menyusun sebanyak 305 aktiviti dan program sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarahnya Mesran Mohd Yusop; sehingga bulan Ogos ini, semua program dan aktiviti dibawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) tetap dilaksanakan dalam talian

Manakala, bagi bulan September dan keatas, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan progam secara fizikal, bergantung kepada arahan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, penggiat-penggiat seni katanya juga perlu di diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin, kerana mereka merupakan penghibur kepada masyarakat.

Mesran ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Sumber: http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/25898-nafas-baharu-kepada-industri-seni-budaya 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Didalam artikel ini: