DAKEN 2021 bakal dilancarkan untuk pacu industri seni dan budaya negara

PUTRAJAYA, 29 April — Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk memacu industri seni dan budaya negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata DAKEN 2021 akan memacu usaha ke arah merealisasikan visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan kekayaan budaya oleh rakyatnya serta melestarikan agenda…

Kerugian jutaan ringgit, pembukaan industri kreatif diharap beri nafas baharu – Tiara

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap kerja serta kehidupan warga dunia, selain menambah bebanan kepada cabaran yang dipikul. Industri seni dan kreatif negara tidak terlepas daripada menerima tempias wabak yang telah menular lebih setahun yang lalu. Bagi pelakon, pengarah dan penerbit tersohor negara, Puan Sri Tiara Jacquelina, persembahan pentas masa kini tidak akan sama…

Keseimbangan penghasilan karya seni bermakna

Pengiat industri seni kreatif perlu mencari keseimbangan antara memenuhi kehendak masyarakat dan menjaga kualiti kandungan yang dihasilkan. Ikuti temubual bersama pengarah teater Oppy & Proffesor Communitas “Cari makan atau cari makna”. Sumber: https://www.astroawani.com/video-malaysia/keseimbangan-penghasilan-karya-seni-bermakna-1897492

Nafas baharu kepada industri seni, budaya

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Satu nafas baharu kepada industri seni dan kebuadayaan. Selepas hampir setahun tertangguh berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah menyusun sebanyak 305 aktiviti dan program sepanjang tahun ini. Bagaimanapun menurut Ketua Pengarahnya Mesran Mohd Yusop; sehingga bulan Ogos ini, semua program dan…

Royalti tertunggak RM11,788,347.18 diagihkan

Kuala Lumpur: Badan pelesenan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selaku pelikuidasi kepada tadbir urus Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM), bersetuju untuk melaksanakan agihan royalti secara bayaran pendahuluan melalui Unlogged Performance Allocation (UPA) pada Januari 2021. Ia susulan mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan…

Belanjawan 2021: Pengusaha batik, songket terima 4 manfaat

KUALA TERENGGANU: Pengusaha batik dan songket di negeri ini bakal menerima sekurang-kurangnya empat manfaat secara langsung melalui Belanjawan 2021. Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin, berkata beliau bersyukur kerana kerajaan mengumumkan untuk meneruskan Program Subsidi Upah (PSU) bagi meringankan beban kewangan majikan untuk tempoh tiga bulan lagi pada…

Dana DKD masih ada untuk warga seni

KUALA LUMPUR: Warga filem dan muzik tidak perlu kecewa apabila tiada sebarang peruntukkan diberikan dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid berkata, baki sebanyak RM300 juta yang diperuntukkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) di bawah Dana…

Bantuan Prihatin pastikan usahawan terus bernafas

MUKAH: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu memberi kesan kepada ramai peniaga khususnya yang masih mencari tapak kukuh untuk melangkah maju. Namun pakej ‘Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: KitaPrihatin’ yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini memberi nafas tambahan buat peniaga untuk melalui detik sukar yang…